BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 4, 2010

★ Hidup. Cinta. Kawan ★


Yakin & Percaya pd diri sendiri amat penting dlm mendapatkan kejayaan dlm diri. Memang bukannya mudah untuk terus dan terus berusaha jika terdapat banyak dugaan didalan kita mencari jalan kejayaan. Tapi, Di dalam setiap langkah kita. Tiada apa yg mustahil jika kita dapat melawan dan terus melangkah biarpun kita terpaksa berpijak diatas kaca, duri, bara api. Yang penting maklamat kita. Biarpun kita merasa akan kesakitan apabila memijak kaca, duri, dan bara api. Kita harus bertahan, sekali kita mengalah. kita tidak akan dapat melangkah dan mencapai maklamat kita.

Kadang-kadang, Apa yg kita inginkan tidak seindah apa yg kita impikan. Adakalanya, Apa yg kita inginkan itu belum pasti dapat membahagiakan kita dan apa yg kita TAK inginkan belum pasti TAK dapat membahagiakan kita.

Mengejar suatu yg tak pasti adalah sesuatu perkara yg menyeksakan. Tapi, memdapat sesuatu yg diingini amat mengembirakan. Semua kita tak ingin seksa dalam menjalani setiap detik kehidupan mereka. Sebab, semua yg inginkan menjalani hidup mereka tanpa ada rasa seksa. Percaya atau tidak. Kita tidak dapat lari daripada setiap dugaan, cabaran yg melanda hidup kita. Semakin kita cuba lari. Semakin ia mengejar kita. Jadi tidak payahlah kita berhenti dan mengelak. Sebaliknya kita lawan dan jangan pernah mengalah. Pecayalah. Tiada apa yg mustahil melainkan kita yg memustahilkannya.

♥LOVE♥

Begitu indah nyer cinta jika pasangan kita itu betul2 menghargai dan menerima apa adanya kita kan? Tapi sekarang, susah mok cari yg begitu ikhlas ngan kita. Kebanyakkannya kata je setia. Tapi belakang? CURANG! Itulah ragam manusia. Tak pernah puas dengan apa yg ada.

Apabila kita menyintai. Tidak bermakna kita akan memiliki nya. Apa yg kita harus lakukan cuma satu. Saling menghargai. Pasti hubungan itu akan kekal. Tidak payah mok curang2. Tiada award pun yg akan kita dapat melainkan kita mengecewakan hati orang. Percaya atau tidak. Sekiranya, buruk kita bagi pada orang. buruk jugalah yg akan kita dapat. Sekiranya baik kita bagi pada orang. baik jugalah yg akan kita dapat.

Jadi, tiada sebab utk kita curang hanya untuk menyakiti hati orang. Sayangi setiap orang disekeliling kita. Mungkin suatu hari nanti kita akan terlambat untuk mengasihinya dan apabila dia hilang dari hidup kita baru kita sedar betapa berharganya dia.Tapi apa gunanya? Hargailah hati setiap org. Kerana apabila hati tu terluka. Bukan senang mok sembuh.

★ FRIEND ★

Sahabat sejati susah dicari. Apabila ketawa, ramai yang datang. Apbila nangis, sorang pun susah mok datang. Itulah definisi sebuah hubungan persahabatan bagi org yg tidak pandai menilai. hish! Ada juga yang mempergunakan kawan untuk kepentingan diri. Susah mencari kawan yg betul2 ikhlas. Kebanyakkan kawan makan kawan.

Dalam hidup ni. Biar apapun yg berlaku pada kawan kita. Tidak salah jika kita menolong apa daya nya kita. Mungkin kita tidak dapat menolong melalui wang atau sebagainya. At least kita ada disisi nya sebagai seorang pendengar. Dengan adanya kita berada disisinya, ia dapat meringankan beban yg dia pikul. Biarpun kita sendiri ada masalah. Kadang2 itu, kita memerlukan tempat utk meluah. Tidak semua perkara 100% boleh kita simpan didalam hati.

Sahabat yg betul2 menghargai kita. Dia takkan biarkan kita menangis sendirian. Dia takkan tinggalkan kita disaat kita memerlukan. Mungkin kadang2 sukar untuk kita puas hati setiap kawan kita. Kerana kadang2 mereka tidak pernah fikir perasaan kita. Tp, semuanya terpulang pada hati kita sendiri. Kita yang merasa. Kita yang Lalui. segalanya terletak pada diri masing2.

●▬▬▬๑۩۩๑▬▬▬●

" Biar Pahit atau manis nya hidup kita. Biar banyak dugaan yang datang dalam hari2 yang kita lalui. Percayalah, kita tak bersendirian. Tuhan sentiasa bersama. Jangan pernah berputus asa dalam menempuhi setiap cubaan hidup. Jika kita ditempat benar. Biar apapun kata orang. Lama kelamaan, Kebenaran akan muncul. Disitu, baru nampak siapa diri kita sebenar. Mungkin dalam hidup ini. Adakalanya kita perlu berdiam, tapi tak bererti kita lemah dan Mungkin adakalanya kita perlu tunduk dan tak bererti kita kalah. Percayalah. Dalam hal2 yang kita fikirkan mustahil tapi.. di tangan-NYA. Tiada apa mustahil "

0 comments: